Sunday, 18 October 2015

Assalamualaikum.....


Beberapa hari yang lepas, saya ada terbaca mengenai kisah seekor anjing bernama Hachiko.
Cerita ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku di Jepun dan sehingga kini kisah ini masih lagi hangat meniti di bibir masyarakat. Dan apabila saya baca kisah ini, saya rasa sangat terharu dengan sikap anjing ini yang sangat setia terhadap tuannya.



HACHIKO




Susuk tubuh yang Anjing baka Akita Inu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923, Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko'  yang ada di belakang nama ( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud "Anak". 
Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori (sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di  kota Tokyo. Dan pada  tanggal yang bersejarah inilah segala-galanya bermula...Ini membuktikan bahawa perancangan manusia takkan pernah sama dengan Tuhan...


21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke ( angin ahmar ) di tempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko.... Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya...


Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, dia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya ( yang telah pun mati.... )

Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa...Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, yakitori.

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian....Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.  
  
Salah satu posisi Hachiko menunggu tuannya di Stesen Shibuya yang sempat dirakam 

Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.


Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun.




Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalami kerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935. Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai  PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko Odate.


Kisah Hachiko juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem....Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.....

- See more at: http://kakimotong.blogspot.my/2010/11/hachiko-anjing-legenda-jepun-yang-setia.html#sthash.2vEnbGAr.dpuf



Assalamualaikum.....

Baru-baru saya ada terbaca artikel mengenai ais.. Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya tak tahu mengenai ais ni.. Jadi, saya nak berkongsi sedikit artikel mengenai kebaikan ais.. Semoga dapat memberikan manfaat dan menambahkan pengetahuan kepada pembaca...

Kebaikan ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.



Saturday, 17 October 2015

Sebuah Pertemuan


Assalamualaikum..

Nak cerita sikit kenangan masa duduk kat matrik..Duduk matrik adalah kenangan yang paling best dalam hidup. Nak tau best sebab apa? Best sebab berjumpa dengan sahabat-sahabat yang di atas tu..hehehe..Diorang ni rakan sebilik dan searas. Walaupun baru setahun kami duduk bersama,tapi percayalah masa yang singkat tu telah banyak ubah kehidupan aku untuk menjadi lebih baik.

 Aku perkenalkan yang paling kiri tu Hidayah nama nya... Dia ni nampak je macam nerd,tapi perangai die memang ngam dengan perangai aku..hahahaha.. sebelah die tu Amira. dia ni yang selama hampir setahun tidur sebelah aku..sebab katil kiteorang sebelah-sebelah je. die ni dikira macam adik sebab perangai macam budak-budak sikit. yang tudung coklat tu Sofiah.. Sofiah ni ibarat ustazah yang membimbing kami.. Dia akan betulkan apa yang salah dengan cara teguran yang lembut. Yang sedang berdiri tu Azah, boleh dikatakan aku paling rapat sangat dengan Azah ni..kami ni ibarat kembar sebab kami hampir selalu buat kerja bersama dan perangai pun sama..Yang tudung pink tu Hamiza, dia ni ibarat kakak kepada aku..tak tau la kenapa. ada lagi sorang, nama nya Janani,kiteorang selalu paling Jenny je..dia ni India ,walaupun berlainan kaum dan agama, tapi aku respect sangat dengan sikap dia yang amat menghormati agama Islam..

Mengenali mereka ni adalah perkara yang paling indah Allah dah aturkan dalam hidup aku..sebab apa, diorang ni tak pernah mengecewakan dan selalu membuat kehidupan aku ceria. Kami juga selalu belajar tentang agama bersama-sama, solat jemaah sama-sama,makan sama-sama,belajar sama-sama,,..semua la buat sama-sama. Aku tak lagi jumpa sahabat macam korang ni..aku harap persahabatan kita kekal hingga ke syurga kelak..InshaaAllah......

Minggu Mesra Mahasiswa


Assalamualaikum.....

Saya nak cerita sikit tentang Minggu Mesra Mahasiswa atau pun minggu orientasi.. Minggu orientasi ni selalu ni diadakan bagi pelajar baru. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan masa minggu orientasi ni. Gambar yang atas ni ialah kumpulan bagi rumah sukan kuning. Di jadikan cerita setiap aktiviti yang dilakukan ,kami lakukan secara berkumpulan. Dari situ dapat meningkatkan lagi sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.

Apa yang saya boleh simpulkan tentang ahli kumpulan ni ialah,mereka semua sentiasa bersatu dalam melakukan aktiviti. Sentiasa membantu antara satu sama lain dan tak ada pun yang pentingkan diri sendiri. Tu yang saya suka lah dalam kumpulan ni. Walaupun kami semua baru kenal tapi kami dapat berkan komitmen yang baik semasa melakukan aktiviti. Nampak tak gambar kat atas tu.. Semua nampak gembira.. Hahahahaha....

Assalamualaikum....

Nama saya Nur Nazahah Binti Suhaiemie. Berasal dari Kluang, Johor. Pelajar lepasan Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah.Merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik.
Nak cerita pengalaman masuk UKM pula. Sebelum ni rasa mustahil kalau nak masuk UKM sebab ramai yang kata UKM ni universiti untuk pelajar yang cemerlang.  Masa kat matrik, ada program Jelajah 4 Penjuru yang dianjurkan oleh Kelab Perakaunan UKM. Dari situlah baru ada keinginan untuk belajar di UKM. Masa isi permohonan UPU saya letak UKM di pilihan pertama. Dan saya dapat tawaran temuduga 2 bulan selepas tu. Selepas pergi temuduga tu rasa memang macam tak dapat sebab temuduga di jalan kan secara berkumpulan. Dan dalam kumpulan tu saya yang paling tak banyak cakap. Saya pun redha jelah.. Prinsip saya kalau saya tak dapat sesuatu bermakna bukan rezeki saya.

Masa keputusan UPU keluar. Saya dapat tawaran dari UKM. Saya rasa bersyukur sebab saya dapat apa yang saya nak. Bila dah masuk UKM ni harapan saya, saya dapat belajar bersungguh, mencapai cita-cita saya dan yang paling utama saya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya dan berbakti kepada mereka. Kerana merekalah saya berada di sini.