Minggu lepas aku ishtihar kan sebagai minggu yang busy semenjak aku duduk kat UKM ni.. mungkin tu baru sedikit, tapi terasa penat sangat.. setiap hari ada kelas, exam untuk mid-term dengan kelas ganti.. selama ni tak pernah rasa busy macam ni, bila da alami rasa tertekan sikit.. kawan-kawan aku yang lain ada juga cakap "dulu masa kat matrik lecturer kata duduk kat u nanti tak busy dah"..berdasarkan apa yang lecturer tu kata, aku rasa macam menipu je..hahhahaha..mungkin ada masa yang kita tak busy nanti..biasa lah bila nak exam je mula lah muka berkerut.. tapi bila dah lepas je exam. rasa lega sikit. tapi semua nya bergantung kepada diri sendiri.. kita mestilah pandai susun jadual harian, bahagi-bahagi kan masa.. buat assignment jangan bertangguh.. bila nak kena hantar assignment je mula lah serabut buat.. tapi dalam sibuk buat kerja dunia ni, jangan la kita terlepas untuk tugasan yang akan ditanya di akhirat kelak..iaitu solat.. kalau kita belajar bagai nak gila nak kejar pointer yang terbaik tapi kita tak solat, tak berdoa mintak kat Allah, kita tak kan dapat apa..
No comments:
Post a Comment