Monday, 23 November 2015

Palestin





 
Assalamualaikum ...
 
 
Hari ini aku nak menulis tentang bumi Palestin. Setiap hari kalau aku dok scroll facebook aku, mesti ada saja berita atau cerita tentang bumi Palestin ni. Dan berita yang selalu keluar tu ialah berita mengenai kematian penduduknya yang ditembak oleh rejim Zionis. Kebanyakkan yang ditembak itu ialah remaja yang tak bersalah. Sedih sangat hati ini bila tengok berita macam tu. Mereka mati ditembak kerana ingin mempertahankan agama Islam . Bersyukur lah kita di Malaysia , kita masih diberikan peluang untuk hidup di Negara yang aman. Kadang-kadang tu ada juga terfikir, kita ni nama je saudara seIslam, tapi kita tak dapat tolong mereka kat sana. Kalau perkara macam tu berlaku kepada kita, tak dapat dibayang kan macam mana. Tapi aku sangat bangga dengan ketabahan mereka di sana. iri hati pun ada kerana mereka mati dalam keadaan syahid, mati demi memperthankan agama.Apa-apa pun, kita mestilh selalu berdoa agar penderitaan mereka di sana berakhir dan mereka dapat hidup dengan aman. Amin..

No comments:

Post a Comment