Monday, 14 December 2015

Burj Khalifa

Semua orang mesti tau tentang Burj Khalifa, menara tertinggi di dunia. Aku pun tau pasal tu juga, tapi aku tak tau lah tentang menara ni secara terperinci. Jadi, aku pun nak kongsi juga lah apa yang aku dapat dari internet mengenai Burj Khalifa ni.
 
 
 

Bangunan Tertinggi di Dunia bernama Burj Khalifa ini memiliki   57 lift dengan kecepatan 3 lantai sesaat dan merupakan lift terpanjang di dunia. Sekitar lift pada Bangunan Tertinggi di Dunia bernama Burj Khalifa ini di kelilingi oleh beton yang memiliki ketebalan hingga 1 meter di setiap lantainya. Sedangkan di lantai 80 ke atas, beton dibuat lebih tipis dan ringan dari lantai-lantai bawah untuk mengurangi berat di bagian atas dari Bangunan Tertinggi di Dunia bernama Burj Khalifa ini.

Gedung Tertinggi di Dunia bernama Burj Khalifa ini juga dirancang untuk menahan gempa hingga kekuatan mencapai 6 skala Richter. Burj Khalifa dilengkapi dengan peredam di setiap lantai jika terjadi gempa atau angin kencang yang membuat bangunan bergetar. Peredam tersebut memungkinkan gedung bergetar akibat gempa, tanpa menyebabkan kerusakan.
Insinyur memungkinkan gedung bergerak, tapi dipastikan bangunan tersebut tidak bergerak lebih dari 1 meter, sehingga orang di dalam bangunan tetap merasa aman.
 Selain memiliki lift dengan kecepatan tinggi, di dalam Bnagunan Tertinggi di Dunia bernama Burj Khalifa ini juga memiliki lift darurat yang dibuat secara terpisah dengan kecepatan yang sangat tinggi tapi tetap aman untuk mengevakuasi orang-orang yang terletak pada lantai atas.
Menariknya lagi, di dalam Bangunan Tertinggi di Dunia bernama Burj Khalifa ini juga mempunyai 4 tempat penampungan pengungsian pada setiap 30 lantainya. Tempat tersebut dibuat dengan tujuan agar bisa digunakan saat masa darurat seperti saat terjadi kebakaran atau sampai terjadi serangan teroris.


TAJ MAHAL

Dulu masa sekolah rendah, ada satu drama ni buat penggambaran di Taj Mahal, India. Aku pun mulalah rasa nak pergi ke taj Mahal tu sebab nak tengok macam mana Taj Mahal tu kan. Tapi sampai sekarang masih belum ada rezeki untuk ke sana. Aku hanya mampu baca cerita di sebalik Taj Mahal.. Hahahahaha.. Jomlah baca tentang Taj Mahal ni.




1) Dibina oleh Maharaja Mughal, Shah Jahan yang ditimpa kesedihan akibat kematian isteri ketiganya Mumtaz Mahal yang mati ketika melahirkan anak ke -14 mereka. Bangunan ini dibina sebagai tanda keabadian dan keagungan cintanya terhadap Mumtaz.
2) Terletak di Agra, Uttar Pradesh,  India.
3) Pembinaannya mengambil masa 21 tahun bermula dari tahun 1632-1653
4) Kos pembinaan dianggarkan 32 juta rupee = RM 1,870,288.00 (currency skrg, eh x mahal sgt kan?)
5) Pembinaan Taj Mahal menggunakan batu marmar putih yang bertatahkan batu-batu separa berharga seperti :
    - Batu marmar putih (dari Rajasthan), Batu jed dan kristal (dari china), jasper (dari Punjab), turquoise (dari Tibet), lapiz lazuli 
      (dari Afghanistan), sapphire (dari Sri Lanka) dan carnelian (dari Saudi Arabia)
6) Pembinaannya melibatkan 20,000 org buruh dan 37 org tukang yang pakar dalam bidang seni mengukir, kaligrafi dan seni
    mengukir batu marmar.
7) Lebih dari 1000 ekor gajah digunakan untuk mengangkat bahan sumber dari merata India dan Asia.
8) Maharaja telah membahagikan kawasan tanah sekitar kompleks kepada 4 bahagian :-
    1. The Taj Gateway
    2. The Taj Garden (Charbagh)
    3. The Tomb
    4. The Pierra Duta
9) Arkiteknya bernama Ustaz Ahmad Lahouri yg merupakan anak didik kepada Shah Jahan.



Adakah kita cukup jelas dengan perkara yang berlaku di dunia?? Mari kita baca fakta mengenai persekitaran kita yang mungkin selama ni kita tak tau pun tentang benda tu, tapi selepas baca mungkin kita dapat lebih banyak ilmu pengetahuan.

  • Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).


  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.


  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.


  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.


  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.


  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.


  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina , ia merupakan senjata merbahaya.


  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.


  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.


  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.


  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.


  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.


  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.


  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.


  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
                                                           

  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.


  • Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.


  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.


  • Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus.


  • Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.


  • Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

Peliknya Zimbabwe

Jika dibandingkan dengan negara Zimbabwe, ibu-ibu yang melahirkan anak di di sini amatlah beruntung. Di salah satu negara termiskin di Afrika itu, ibu yang melahirkan anak di hospitah akan didenda US $ 5 setiap kali menjerit.
 
Di negara ini, korupsi yang terjadi sudah menjadi begitu sistemik. Sebuah laporan yang ditulis Transparency International menyatakan bahawa 62 peratus penduduk Zimbabwe mengaku sudah membayar rasuah dalam waktu 1 tahun terakhir.

Di Zimbabwe, pendapatan tahunan rata-rata setiap orang adalah sekitar US $ 150 . Jika hospital mengenakan bayaran bersalinan sebanyak US $ 50, ertinya ibu yang menjerit beberapa kali selama ketika hendah bersalin akan berhutang separuh daripada pendapatan tahunannya setelah melahirkan bayinya.
 
Ironinya, sebanyak 95 peratus penduduk negara ini adalah penganggur dan kemiskinan berleluasa. Menurut Transparency International, ibu yang melahirkan anak tidak mampu membayar terkadang ditahan di hospital dan dikenakan bayaran sehingga boleh ditebus oleh keluarganya.

Akibatnya, banyak ibu-ibu di Zimbabwe memilih melahirkan anak di rumah kerana tidak mampu membayar kos. LPaporan PBB menjelaskan bahawa rata-rata, ada 8 ibu meninggal ketika melahirkan anak setiap hari di Zimbabwe.

Fakta yang unik

1) Queue adalah satu-satunya kata dalam bahasa Inggris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2) Tulang paha manusia lebih kuat daripada dinding semen

3) Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku jari kaki.

4) Debu di rumah kita paling banyak terbentuk dari sel kulit mati.

5) Gajah satu-satunya mamalia yang tidak bisa lompat.

6) Madu adalah satu-satunya makanan yang tak bisa basi

7) Kita dilahirkan dengan 300 tulang, tapi ketika dewasa tinggal 206.

8) Beberapa cacing bakal makan dirinya sendiri jika kelaparan.

9) Tidak mungkin manusia boleh bersin dengan mata yang terbuka.

10) Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh melihat warna biru.

11) Unta mempunyai 3 kelopak mata untuk melindungi matanya daripada pasir gurun.

12) Titik diatas huruf ‘i’ disebut “title”

13) Lidah zirafah panjangnya sekitar 50 cm

14) Seandainya kandungan air dalam tubuh kita berkurangan 1%, kita akan merasa haus serta merta

15) Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

16) Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip.

17) Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan dapat merasakan rasa sesuatu makanan

18) Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Mereka akan rasa marah dan menyengat dirinya sendiri

19) Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox

20) Kita tidak bisa menjilat siku kita sendiri
 

Khalifah Umar Al-Khattab dan wanita miskin

Kita telah biasa membaca kisah Saidina Umar bin Al-Khattab r.a ketika menjadi khalifah (pemimpin) dengan seorang ibu miskin yang hanya memasak batu kerana anaknya kelaparan. Tetapi pernahkah kita (yang menjadi pemimpin) ambil pengajaran dari kisah tersebut?

Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah. Tiba di satu tempat, Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan.

Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit tidak puas hati kepada Umar r.a kerana tidak membantunya. Umar memberi salam lalu menyapanya. Wanita tersebut menerangkan bahawa dia tiada makanan untuk memberi makan pada anak-anaknya. Hanya dengan merebus air dapat menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang dimasak oleh ibunya. Sehinggalah anak-anak itu tertidur.

Umar menangis mendengar keluhan wanita tersebut. Setelah Umar bantu wanita tersebut, wanita tersebut mengatakan sepatutnya dialah yang layak menjadi khalifah. Sedangkan dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Umar.

Kemudiannya Umar r.a telah memanggilnya mengadap keesokan hari, dan menghadiahkannya wang. Umar MERAYU pada beliau agar berjanji jangan MENDAKWANYA di hadapan Allah Azza wa Jalla di akhirat nanti. MasyaAllah, sampai macam itu sekali tawadhu' dan takutnya Umar pada kemurkaan Allah S.w.t.

Ini lah sebenarnya yang dikatakan Amirul mukminin, iaitu "pemimpin kepada orang-orang mukmin". Ini lah contoh tauladan yang sebaiknya dicontohi.  Sedangkan Umar r.a telah dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad S.a.w, tetapi beliau masih lagi takut akan disoal di akhirat kelak mengenai kepimpinannya, apatah lagi kita yang langsung tidak dijanjikan syurga lagi ini.

Bayangkan kita sekarang jika menjadi pemimpin negara, adakah kita masih boleh hidup mewah dan bersuka-ria sedangkan ada rakyat yang hidup miskin dan dalam kesusahan.

Sunday, 13 December 2015

Fadhilat solat Dhuha

 


Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”


  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)


  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Solat sunat subuh

 

Antara kita sedar atau tidak sedar mengenai solat sunat subuh ini juga penting dan mempunyai banyak kelebihan kepada sesiapa yang mengerjakannya. Solat sunat ni tak susah pun, dan masa mendirikannya tak lama.

Antara solat sunat yang sangat dituntut adalah solat sunat subuh. Ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sangat menjaga solat sunat subuh ini walau pun terlewat untuk mengerjakan solat subuh.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.



Taman Buaya

 
 
                  Aku rasa semua orang mesti pernah ke Taman Buaya kan. Nampak macam budak-budak sikit tapi Taman Buaya yang aku pernah pergi ni best sangat. Best bukan sebab Nampak buaya, tapi sebab Nampak haiwan lain. Taman Buaya ni lebih kurang macam mini zoo sebab ada haiwan lain jugak.


 
Ha... ni lah yang aku cakap bestnya tu. Ada beruang madu, beruang ni kita boleh pegang tapi dia tak bahaya pun sebab memang untuk dipegang oleh pengunjung.
 


 
 
Yang ni pula ular albino ( mungkinlah sebab ular nya putih..hahaha ). Masuk je pintu utama taman ni akan nampak lah haiwan ini...

Kelebihan ayat Qursi


Pernah tak dengar tentang kelebihan membaca ayat Qursi. Mesti kita setiap hari akan baca ayat Qursi kan,selalu nya dalam solat atau pun masa nak tidur. Tapi sebenarnya ada kelebihan disebalik ayat Qursi yang kita baca setiap hari ini.
 
 
 

Antara kelebihan ayat Qursi ialah:

1.       Baca pada saat mahu keluar rumah,maka 7000 malaikat akan menjaga kita.

2.       Baca pada saat nak masuk ke dalam rumah, maka kemiskinan tidak akan masuk ke rumah kamu.

3.       Baca selepas selesai ambil wuduk, maka darjat kamu akan dinaikkan 70 tingkat.

4.       Baca pada saat hendak tidur, maka malaikat akan menjaga kamu sepanjang malam.

5.       Baca setelah selesai solat, maka jarak kamu dengan syurga adalah kematian.

Cuba kita fikir balik, baca ayat Qursi ni bukannya susah atau boleh buat kita penat. Tapi kalau kita baca banyak manfaat yang kita dapat. Betapa sayangnya Allah terhadap hamba nya. Kita buat kebaikan yang sikit je tapi ganjarannya besar.

Terkenang masa di matrik




                   Masa dekat matrik dulu, AJK surau selalu buat iftar beramai-ramai makan dalam dulang pula tu. kawan sebilik aku ni, dia AJK surau dan dia akan kutip duit kalau ada siapa yang nak berbuka kat surau. Ada sekali ni, aku dengan kawan-kawan searas aku join lah berbuka. Kitaorang pun ajak Janani, budak India untuk berbuka sekali. Mula-mula tu dia macam tak nak sebab malu dia sorang je yang non-muslim makan kat situ.. kitaorang pun semua pujuk dia dan akhirnya dia nak juga join. Lepas solat maghrib kitaorang pun makanlah sama-sama dalam dulang. 
 
 
 
 
 
Masa mula-mula tu pelajar yang ada kat situ tengok-tengok juga Janani. Yelah sebab dia sorang je yang non-muslim. Tapi ramai juga yang respect lah kat dia. Dia tak kisah untuk berbuka sekali , tapi dia ni memang seorang yang hormat agama orang lain. Kalau kitaorang tengah sembahyang berjemaah dalam bilik, dia akan senyap dan tak buat bising. Aku tengok dia ni memang kuat dengan agama dia,mungkin sebab tu dia jadi hormat dengan agama lain. Apa-apa pun, Janani teruskan dengan sikap yang begitu dan semua orang akan saying kat kau.

Lawatan monyet ke bilik


 
 
 
                 Assalamualaikum..hari ini nak cerita sikit pasal tragedi yang menimpa semalam. Nak dipanjangkan cerita, semalam hujan, lepas tu dari luar bilik aku dah nampak ada monyet bergayut-gayut dekat tali yang ada kat luar tu. aku ingat ada sekor dua je, tapi rupa-rupanya ada banyak . mungkin monyet-monyet tu lapar kot. Sebab tu diorang keluar dari tempat diorang.
 
                Tiba-tiba je aku dengar kawan aku cakap “ Nazahah!!! Ada monyet!!”. Aku toleh dekat lubang angin atas pintu bilik. Ya Allah, ada monyet nak masuk bilik..Hahahaha..  Aku pon terus lari buka pintu bilik. Keadaan monyet tu masa nak masuk pun dah menakutkan. Masa dia nak masuk tu, dia macam tersangkut kat lubang angin tu, lepas tu dia toleh kiri kanan.
              
               Bila aku keluar je bilik, aku tengok budak sebelah bilik aku pun sama ada monyet masuk. Tapi aku tengok dia cool je. Hahahaha.. lama jugalah aku biarkan bilik aku tu. aku pergi lah tumpang bilik kawan aku. Kitaorang pun dok perhati jelah monyet-monyet tu dari tingkap bilik. Satu aras tu tak berani keluar bilik disebabkan monyet tu. lepas je keadaan dah ok sikit, aku dengan kawan aku ni pun balik bilik nak tengok ada lagi ke tak.
 
              Kiteorang buka je pintu bilik tengok bersepah dah monyet-monyet tu selongar bakul sampah, cawan jatuh lepas tu bau monyet tu melekat kat dalam bilik.. kiteorang pun terpaksalah bersihkan bilik dengan membasuh bilik..Hahahaha.. Tapi boleh dikatakan tragedi monyet masuk bilik ni akan dirasai oleh semua penghuni kolej aku ni.. Sebenarnya kiteorang semua ni bukanlah takut sangat dengan monyet, tapi monyet yang macam ni dia liar sikit. Takut dia terkam ke gigit ke..Ha tu jelah nak cerita..hahahaha

WERE WOLF


 
 

               Masa malam khamis lepas, Biro ICT kolej aku ada buat jamuan makan sempena minggu usahawan yang hari tu. malam tu kitaorang semua makan Domino’s pizza. Lepas makan kitaorang main satu permainan ni namanya Were Wolf.
 
 
 
                   Permainannya lebih kurang macam Silent Killer. Jangan salah faham pulak dengan nama permainan ni. Ni bukan permainan yang bunuh-bunuh. Permainan ni menggunakan kad atau kertas yang ada tulis watak padanya.
                  Watak dalam permainan ni ada Wolf( yang akan bunuh Citizen ), Fortune Teller ( yang akan meneka sapa Wolf ), Knight ( yang akan menyelamatkan Citizen ), Magician ( boleh bertukar watak ) dan Citizen.
                  permainan ni kena tutup mata, kita tak tahu siapa Wolf, Fortune Teller, Knight, Magician, Citizen. Masa tutup mata tu, Wolf akan bunuh citizen, lepas tu Knight akan selamatkan Citizen, Fortune Teller akan meneka siapa Wolf. Lepas je ketiga-tiga watak ni menjalankan tugas diaorang, semua orang akan buka mata dan siapa yang kadnya tak ada maknanya dia dah matilah tu. semua orang akan cuba cari siapa Wolf dengan cara meneka. Termasuklah sekali dengan Wolf, Wolf ni mestilah kena pandai berpura-pura supaya tak ditangkap. Sampailah pemain tinggal 8 orang, kalau semua dapat cari siapa Wolf yang sebenar, Citizen akan menang. Tapi kalau sampai akhir tu wolf masih hidup, Citizen akan kalah. Permainan ni memang seronok.

Tuesday, 8 December 2015

Perangai






 
Hari ni aku nak ulas sikit pasal perangai atau sikap..cehh..Pernah tak dengar orang cakap "nanti kalau dah masuk u kau akan nampak orang dengan sikap mereka yang berbeza-beza". Bila aku sambung belajar kat u aku jumpa pelbagai jenis manusia dengan sikap yang berbeza-beza.. Ada yang pendiam,peramah,suka senyum,suka bermasam,dan yang suka menjatuhkan orang lain. kalau yang sikap positif tu bagus lah kan. Ni kalau yang negatif ni nak buat macam mana..HAHAHAHA.. Kadang-kadang terfikir juga diorang yang suka jatuhkan orang lain ni tak pernah rasa bersalah ke..Aku pun rasa geram jugak lah dengan orang yang macam ni. Bila duduk sini berjumpa dengan manusia-manusia yang macam ni aku rasa macam terkena renjatan sikit. Yelah aku kan duduk luar Bandar. Bergaul dengan orang pun jarang-jarang


Lawak Kampus

 
 
Pernah tak baca komik lawak kampus ni.. komik ni cerita tentang pelajar sekolah dalam menjalani kehidupan dan cerita ni memang lawak.nama pun lawak kampus kan mestilah lawak. komik ni dihasilkan oleh anak tempatan iaitu Keith dan komik ni setanding dengan komik-komik dari Jepun semua tu..
 
 
Antara watak yang ada dalam komik ni ialah:
 

Vanness

  • Pelajar paling nakal di sekolah. Senang dikenali dengan rambutnya yang keperang-perangan dan bergogal oren. Dan selalu dinasihatkan oleh kawan-kawannya. Vanness selalu diancam dan melarikan diri dari Xena kerana sikapnya yang tidak selesa terhadapnya. Kawan baiknya ialah Aditas yang sering mengikut sikap Vanness. Vanness juga mempunyai haiwan peliharaan dan menganggapnya sebagai pembantu iaitu seekor monyet.

Froggy

  • Seekor katak hijau yang sangat baik hati, pintar dan kaya walaupun kadangkala bersikap nakal akibat terpengaruh dengan sikap Vanness. Dia juga mempunyai kebolehan untuk melihat hantu.

Aditas

  • Kawan baik Vanness dan sering terikut-ikut dengan sikap Vanness. Dia juga seorang pelajar yang nakal di sekolah kerana sering terikut-ikut sikap Vanness tetapi lebih teruk lagi. Selain dari kenakalannya, dia juga aktif dalam semua sukan di
sekolah.

Xena

  • Pelajar perempuan yang mempunyai wajah hodoh,yakni berbibir tebal dan lubang hidungnya yang kembang. Gila bayang terhadap Vanness, walaupun tidak sebaliknya, malah menjadi gadis pujaan Anthony. Ayahnya merupakan salah satu guru displin di sekolahnya.

Cikgu Noodle

  • Merupakan seorang cikgu dalam siri Lawak Kampus yang perasan bahawa dirinya yang kacak. Dia tidak disukai oleh semua murid-murid kerana sikap perasannya itu dan juga perwatakannya yang sedikit feminin. Guru Besar ragu-ragu bahawa adakah Cikgu Noodle sesuai dijadikan guru. Noodle juga mempunyai saingan sengit dengan seekor penguin yang mirip dengannya.

Si Kosong

  • Seorang pelajar yang kurang pandai dan lurus bendul. Suka membuat perkara-perkara bodoh dan tidak masuk akal. Selalu mendapat markah kosong di dalam peperiksaan. Percayakan tahyul untuk mendapat markah penuh dalam peperiksaan.

Bepop

  • Pelajar yang mempunyai banyak jerawat di wajahnya, namun mempunyai ramai kawan. Di 'Lawak Kampus CONNECTION' m/s 84, bertajuk 'CERITA', Aditas dan Vanness membuat cerita mengenai jerawatnya, dimana jerawat Bepop adalah sarang alien yang bersaiz kecil. Jerawat di mukanya pernah hilang akibat digigit ular. Wajahnya tanpa jerawat boleh di perhatikan di Lawak Kampus Rebound #2.

Ami

Kembar Yumi,mempunyai rambut lurus ke bawah dan jarang berada di dalam komik.

Yumi

Kembar Ami,mempunyai rambut ke sebelah kanan dan selalu dibuli oleh Si Kucing.

Si Beruang

Tinggal dalam hutan.

Boss

Pengusaha kantin yang tidak mementingkan kebersihan dan hanya mahu keuntungan dan menyajikan menu-menu pelik seperti, bebola lipas, sup yang direndam bersama monyet di dalam periuk.

Sharkhead

Sharkhead - Kawan baik Mickey.

Mickey

Mickey - Kawan baik Sharkhead.

Si Kucing

Kucing Yumi.

Bapa Xena

Guru disiplin di sekolah dan juga ayah Xena yang suka memanja anaknya.

Agira

Anak kepada Pengerusi Sekolah yang mejual DVD cetak rompak.

Anthony

Seorang lelaki yang kacak. Menyukai Xena, namun selalu ditolak olehnya. Sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk Xena.

Unknown

Satu watak yang dikenali sebagai 'Unknown'.Mempunyai watak yang misterius. Didalam Lawak Kampus 10, 'Unknown' mempunyai 10.000 fans di Facebook, ia boleh di lihat di m/s 049, tajuk 'FEYMES'.
 

ni ialah Froggy.. Froggy ni Nampak comel la.. kalau lah reality nya katak macam ni, semua orang mungkin tak geli nak pegang katak..
 

Good Life

 
 

 

 
 
Assalamualaikum..
Dulu kan masa duduk matrik dulu, selalu dengar orang cakap atau pun terbaca kat status facebook yang bila dah duduk uni nanti rindu dengan kehidupan kat matrik. Sebab masa kat matrik hubungan antara penghuni blok sangat lah akrab. Memang betul lah apa yang diorang cakap tu. Masa dulu aku rasa takkan rindu zaman matrik sebab aku fikir rumah je. Tapi bila dah kat u ni terkenang semua yang ada kat matrik..HAHAHA.. kalau boleh tu nak belajar kat matrik je. tak payah masuk u..yang kat atas tu semua budak-budak aras aku.. kiteorang memng rapat sangat. berbeza sangat dengan kat u ni.. Hahaha..yelah mungkin semua sibuk dengan kerja masing-masing.
 
 

 
 
kalau difikirkan balik rasa sangat beruntung lah masa duduk kat matrik..rasa bahagia je.. kita akan rasa bahagia bila ade orang yang sangat membahagiakan..hahahaha..oleh itu, ke..persahabatn yang terjalin ibarat sebuah keluarga..tu yang best tu..
 
 
 
 
Ni pulak budak praktikum aku..Hahaha.. Tengok lah muka diorang semua tu,,.hahaha.. mula-mula nak ambil gambar formal. tapi ni lah terjadi..

#MAKJAHBAKSO

 
Assalamualaikum...
 
Nampak tak gambar iklan kat atas tu...hehe..Nak cerita sikit la pasal gerai bakso Mak jah ni..Akhir bulan November hari tu kolej kediaman Aminuddin Baki merangkap kolej yang aku duduk sekarang ni telah mengadakan minggu keusahawanan.. Di mana pelajar dibenarkan berniaga ikut biro masing-masing. Gerai bakso ni diusahakan oleh Biro ICT dan aku merupakan salah seorang ahli Biro ICT. Masa mula-mula diorang nak cakap nak jual bakso ni, aku rasa macam tak yakin je,..hehehe.. sebab cara penyediaan yang rumit sikit. dan bakso ni kiteorang yang kena masak.. bayangkannnnn... Tapi masa mula meniaga, nampak sangat bakso ni laku. Tak sangka pelajar KAB ni ramai yang suka makan bakso. Setiap hari bakso ni mesti habis dan kiteorng selalu tutup gerai awal. Dan dari aktiviti ni juga aku rasa dapat mengeratkan hubungan dengan ahli yang lain. Daripada tak kenal kita boleh jadi kenal. Dan yang paling best nya, semua ahli dapat memberikan kerjasama dengan baik dan berinteraksi dengan baik. HAHAHAHA... yang paling best sekali kiteorang dapat untung yang banyak.. Banyak sebenarnya yang best,.. tapi tu je yang nak cerita.. Sekian.