Pernah tak baca komik lawak kampus ni.. komik ni cerita tentang pelajar sekolah dalam menjalani kehidupan dan cerita ni memang lawak.nama pun lawak kampus kan mestilah lawak. komik ni dihasilkan oleh anak tempatan iaitu Keith dan komik ni setanding dengan komik-komik dari Jepun semua tu..
Antara watak yang ada dalam komik ni ialah:
Vanness
- Pelajar paling nakal di sekolah. Senang dikenali dengan rambutnya yang keperang-perangan dan bergogal oren. Dan selalu dinasihatkan oleh kawan-kawannya. Vanness selalu diancam dan melarikan diri dari Xena kerana sikapnya yang tidak selesa terhadapnya. Kawan baiknya ialah Aditas yang sering mengikut sikap Vanness. Vanness juga mempunyai haiwan peliharaan dan menganggapnya sebagai pembantu iaitu seekor monyet.
Froggy
- Seekor katak hijau yang sangat baik hati, pintar dan kaya walaupun kadangkala bersikap nakal akibat terpengaruh dengan sikap Vanness. Dia juga mempunyai kebolehan untuk melihat hantu.
Aditas
- Kawan baik Vanness dan sering terikut-ikut dengan sikap Vanness. Dia juga seorang pelajar yang nakal di sekolah kerana sering terikut-ikut sikap Vanness tetapi lebih teruk lagi. Selain dari kenakalannya, dia juga aktif dalam semua sukan di
sekolah.
Xena
- Pelajar perempuan yang mempunyai wajah hodoh,yakni berbibir tebal dan lubang hidungnya yang kembang. Gila bayang terhadap Vanness, walaupun tidak sebaliknya, malah menjadi gadis pujaan Anthony. Ayahnya merupakan salah satu guru displin di sekolahnya.
Cikgu Noodle
- Merupakan seorang cikgu dalam siri Lawak Kampus yang perasan bahawa dirinya yang kacak. Dia tidak disukai oleh semua murid-murid kerana sikap perasannya itu dan juga perwatakannya yang sedikit feminin. Guru Besar ragu-ragu bahawa adakah Cikgu Noodle sesuai dijadikan guru. Noodle juga mempunyai saingan sengit dengan seekor penguin yang mirip dengannya.
Si Kosong
- Seorang pelajar yang kurang pandai dan lurus bendul. Suka membuat perkara-perkara bodoh dan tidak masuk akal. Selalu mendapat markah kosong di dalam peperiksaan. Percayakan tahyul untuk mendapat markah penuh dalam peperiksaan.
Bepop
- Pelajar yang mempunyai banyak jerawat di wajahnya, namun mempunyai ramai kawan. Di 'Lawak Kampus CONNECTION' m/s 84, bertajuk 'CERITA', Aditas dan Vanness membuat cerita mengenai jerawatnya, dimana jerawat Bepop adalah sarang alien yang bersaiz kecil. Jerawat di mukanya pernah hilang akibat digigit ular. Wajahnya tanpa jerawat boleh di perhatikan di Lawak Kampus Rebound #2.
Ami
Kembar Yumi,mempunyai rambut lurus ke bawah dan jarang berada di dalam komik.
Yumi
Kembar Ami,mempunyai rambut ke sebelah kanan dan selalu dibuli oleh Si Kucing.
Si Beruang
Tinggal dalam hutan.
Boss
Pengusaha kantin yang tidak mementingkan kebersihan dan hanya mahu keuntungan dan menyajikan menu-menu pelik seperti, bebola lipas, sup yang direndam bersama monyet di dalam periuk.
Sharkhead
Sharkhead - Kawan baik Mickey.
Mickey
Mickey - Kawan baik Sharkhead.
Si Kucing
Kucing Yumi.
Bapa Xena
Guru disiplin di sekolah dan juga ayah Xena yang suka memanja anaknya.
Agira
Anak kepada Pengerusi Sekolah yang mejual DVD cetak rompak.
Anthony
Seorang lelaki yang kacak. Menyukai Xena, namun selalu ditolak olehnya. Sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk Xena.
Unknown
Satu watak yang dikenali sebagai 'Unknown'.Mempunyai watak yang misterius. Didalam Lawak Kampus 10, 'Unknown' mempunyai 10.000 fans di Facebook, ia boleh di lihat di m/s 049, tajuk 'FEYMES'.
ni ialah Froggy.. Froggy ni Nampak comel la.. kalau lah reality nya katak macam ni, semua orang mungkin tak geli nak pegang katak..
No comments:
Post a Comment