Assalamualaikum...
Nampak tak gambar iklan kat atas tu...hehe..Nak cerita sikit la pasal gerai bakso Mak jah ni..Akhir bulan November hari tu kolej kediaman Aminuddin Baki merangkap kolej yang aku duduk sekarang ni telah mengadakan minggu keusahawanan.. Di mana pelajar dibenarkan berniaga ikut biro masing-masing. Gerai bakso ni diusahakan oleh Biro ICT dan aku merupakan salah seorang ahli Biro ICT. Masa mula-mula diorang nak cakap nak jual bakso ni, aku rasa macam tak yakin je,..hehehe.. sebab cara penyediaan yang rumit sikit. dan bakso ni kiteorang yang kena masak.. bayangkannnnn... Tapi masa mula meniaga, nampak sangat bakso ni laku. Tak sangka pelajar KAB ni ramai yang suka makan bakso. Setiap hari bakso ni mesti habis dan kiteorng selalu tutup gerai awal. Dan dari aktiviti ni juga aku rasa dapat mengeratkan hubungan dengan ahli yang lain. Daripada tak kenal kita boleh jadi kenal. Dan yang paling best nya, semua ahli dapat memberikan kerjasama dengan baik dan berinteraksi dengan baik. HAHAHAHA... yang paling best sekali kiteorang dapat untung yang banyak.. Banyak sebenarnya yang best,.. tapi tu je yang nak cerita.. Sekian.
No comments:
Post a Comment