Sunday, 13 December 2015
Solat sunat subuh
Antara kita sedar atau tidak sedar mengenai solat sunat subuh ini juga penting dan mempunyai banyak kelebihan kepada sesiapa yang mengerjakannya. Solat sunat ni tak susah pun, dan masa mendirikannya tak lama.
Antara solat sunat yang sangat dituntut adalah solat sunat subuh. Ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sangat menjaga solat sunat subuh ini walau pun terlewat untuk mengerjakan solat subuh.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:
"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."
Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment