Sunday, 13 December 2015

WERE WOLF


 
 

               Masa malam khamis lepas, Biro ICT kolej aku ada buat jamuan makan sempena minggu usahawan yang hari tu. malam tu kitaorang semua makan Domino’s pizza. Lepas makan kitaorang main satu permainan ni namanya Were Wolf.
 
 
 
                   Permainannya lebih kurang macam Silent Killer. Jangan salah faham pulak dengan nama permainan ni. Ni bukan permainan yang bunuh-bunuh. Permainan ni menggunakan kad atau kertas yang ada tulis watak padanya.
                  Watak dalam permainan ni ada Wolf( yang akan bunuh Citizen ), Fortune Teller ( yang akan meneka sapa Wolf ), Knight ( yang akan menyelamatkan Citizen ), Magician ( boleh bertukar watak ) dan Citizen.
                  permainan ni kena tutup mata, kita tak tahu siapa Wolf, Fortune Teller, Knight, Magician, Citizen. Masa tutup mata tu, Wolf akan bunuh citizen, lepas tu Knight akan selamatkan Citizen, Fortune Teller akan meneka siapa Wolf. Lepas je ketiga-tiga watak ni menjalankan tugas diaorang, semua orang akan buka mata dan siapa yang kadnya tak ada maknanya dia dah matilah tu. semua orang akan cuba cari siapa Wolf dengan cara meneka. Termasuklah sekali dengan Wolf, Wolf ni mestilah kena pandai berpura-pura supaya tak ditangkap. Sampailah pemain tinggal 8 orang, kalau semua dapat cari siapa Wolf yang sebenar, Citizen akan menang. Tapi kalau sampai akhir tu wolf masih hidup, Citizen akan kalah. Permainan ni memang seronok.

No comments:

Post a Comment